..

Followers

Saturday, May 11, 2013

phone dan kecuaian

Asalamualaikum

Taraaa selamat hari ibu pada kaum ibu kat luar sana.Tak kira la kau panggil mama,mummy,ibu,mak ke nyonya ke yang penting dia adalah orang yang melahirkan kau.Yelah dah kata nama ibu mestilah yang lahirkan kau takkan daddy plak. *motif? k bye.

Pernah kau rasa give up gila dengan life kau?pernah korang rasa semua benda yang korang buat tak betul?pernah kau rasa tak dunia ni kejam gila tak bagi peluang kat kau nak jumpa orang yang kau suka or minat?dan pernah tak kau rasa yang blog aku ni macam nak kena baling kasut?kalau pernah kau memang kejam doe. *sob sob hantuk kepala kat dinding campak laptop.

Kau tahu apa makna kehidupan sebenar?bila kau rasa semua yang jadi kat kau tu bala.Padahal semua benda yang terjadi kat kau sama ada baik atau buruk ada hikmah dan ingat Allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya  *lipat tudung ala ala ustazah.

Series semua orang pernah rasa gembira,sedih,kecewa,perasan,putus asa.Tapi pernah tak korang terfikir sebenarnya setiap dugaan yang jadi kat diri kita membuatkan kita lebih kuat dan matang.Dan aku boleh potong kuku kalau korang tak pernah rasa situasi yang bikin korang down and rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. *k yang ni aku tak prnah buat.Semua manusia ni tak de yang perfect.Selalu buat silap.Selalu leka dan cuai.Sama macam aku yang kekadang membebel sesorang sebab kecuaian sendiri.
dan tersebutlah satu kisah yang nak menggambarkan macam mana tahap kecuaian aku ni.


 beberapa bulan lepas..


kakak :''Wehh zie,malam ni teman aku gi Giant jom.Aku nak beli barang buat spageti ah.''
aku  : ''duhh kau tekak macam-macam ah.Malas lahhh''
kakak :''kalau aku masak kau jangan tanya kenapa kau tak payah makan''
aku :'' *terkebil-kebil. eh eh ok la aku teman kau pergi,tapi awal cikit ah gerak aku nak dating ah.
kakak : ''kau nak dating ngn sapa gila?
aku : ''Aaron aziz''*muka series tahap maksimum
kakak : qwertyuiop!!!

so aku pun setuju ah nak teman kakak aku gi beli barang kat Giant.Oleh kerana Giant tu tak jauh sangat aku just bawak handphone je.So sampai je kat Giant aku ktaorang pun beli lah barang2 untuk buat spageti tu.Rasanya tak payah kot aku list kan semua senarai barang2 untuk buat spageti.Apa kau ingat ni rancangan mastercheff yang ada Azwan Ali cun tu. *pegang kipas dan bulu2 dileher.



Sampai je rumah aku pun dengan senang lenang perhatikan je macam juri mastercheff tengok kakak aku masak.Siap je spageti tu aku makan ngan si gemok (adik).Nampak tak tahap kejam aku ni.Haha.So nak dipendekkan cerita  *ku tahu mesti dah bosan dengan cerita aku,lepas makan tu aku terus pergi ke bilik on9. sambil scoll2 note aku, tetiba aku teringat mana phone aku yg comel lagi satu *phone ala2 3310.
dan aku cari lah sana sini.Habis satu rumah aku pusing.Even korang fikir setakat phone cikai tu nak kecoh.Duhh guwa sayang phone tu,bnyak berjasa pada wa.

Aku try miscall no aku tu,hatiku mula rasa macam ada harapan sebab no.aku tu aktif.Aku pun cari lagi mana tahu dengar bunyi callergtone phone aku tu,Tapi pelamin angan ku musnah sebab apa pun tak dengar.blerghhhhh.Last2 aku masuk bilik dengan muka hampa dan dalam hati mesti dah hilang.Dalam hati aku cakap mungkin takde rezeki.

''hey giler kau dah tengok kat kereta belum''

Aku terdengar kakak aku jerit camtu.Mesti kau rasa kejam gila penggunaan bahasa dia kan.Haha.Tapi kami adik beradik tak kisah asalkan tahu batas dan nilai hormat tu ada.
Aku terfikir nak tengok kat dalam kereta dan.................................................


memang betul ada! hampeh betul la.


moral : kau tak payah nak gelabah kalau barang yang korang sayang hilang,cari dengan teliti dan penuh kesabaran.Dan kalau tak jumpa baru hantuk kepala sekali.lulz

 Berita lain
Aku dah jumpa sorang lagi yang boleh rapat dan beri tunjuk ajar.Dia satu sekolah ngan aku ,lelaki tapi tua aku setahun.Dulu kami tak rapat.Tapi sekarang rapat.Dia baik dan aku hormat dia.Alhamdulillah.



Dear mak,
Selamat hari ibu,Semoga Allah rahmati kehidupan mak.
semoga Allah beri mak kesenangan dunia akhirat.
Dear mak,
Terima kasih kerana dah menjaga azie sepanjang 19 tahun hidup.tu tak termasuk
masa azie dalam kandungan mak 9 bulan.Terima kasih kerana dah bersusah payah
berkorban nyawa untuk melahirkan anakmu ini.
Dear mak,
You are the best thing is my life.You are my inspiration and always be my princess.
You are my friend,my spirit,my influence towards sucess.There is no replacement of you.
You are the best and will be best forever.

 ''Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil''


HAPPY MOTHERS DAY
NORLINDA MOHD JAPRI










No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com