..

Followers

Monday, November 10, 2014






'' Welcome to the new life for a better changed without any broken feeling''
                                                
you deserved..

11 November 2014

-azie-




facebook : Norfazira
istagram   :ladolceziera
Twitter    : ladolceziera 

Thursday, May 8, 2014

'Mereka''

  
   7.19 am .

''Kekal lah senyuman walau jasad seperit apa pun rindu buat sahabat.''


Pagi-pagi dah bukak laptop tak tahu nak buat apa.Maklumlah cuti semester kali ni banyak aku habiskan dengan menghabiskan gb internet kat rumah ni.Kira2 lagi sebulan nak praktikal.Entah kali ni lama plak aku rasa dduk kat rumah.Makan tido main je.Sampai kadang2 bosan punya pasal aku paksa kucing kat rumah ni selfie ngn aku.Lifeless kan?



So sebenarnya entry kali ni aku nak throwback sikit sepanjang aku 3 semester kat poli.Tapi takde lah aku cerita satu2 kang mahu korang bosan pangkah blog ni.Throwback ni more to pandangan sekeliling aku kat poli ni.


Aku ni sebenarnya antara spesis manusia yang suka memerhati.Korang pernah rasa gelak sorang sebab tgok gelagat manusia kat sekililing korang?well aku selalu macam tu.Tapi takde nya sampai gelak sorang2 kang ada cakap aku gila.Normally nya aku akan senyum.Then kalau rasa nk tergelak konon la ambik phone scroll sorang2.Am i too fake here?hahaha tu cara nak cover la.


''Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman 
yang mementingkan diri sendiri''


so sebenarnya aku more cerita pasal 'sahabat'.Dalam dunia ni mesti korang ada sekurang-kurang nya sorang kawan yg korang boleh gila2,story pasal apa yg korang nak.Melainkan korang ni jenis yang memang suka sorang2.Tapi macam pelik lah.Apa kata orang tu ''forever alone''.haha

sepanjang 3 semester ni aku ada pendapat aku sendiri.Buat pengetahuan korang aku perasan dari aku sem 2 kisah 'mereka' ni.Masa aku sem1 'mereka' ni tgh praktikal kalau tak silap aku.So aku tak berapa nak kenal sangat dorang.Just ada lah dengar2 cerita tentang dorang.Jujur dalam hati,aku sangat lah respect dan adore persahabatan 'mereka' ni.Aku tak pernah nampak persahabatan lelaki yang macam 'mereka'.Sampai ada satu masa tu aku bisik kat kawan baik aku ''weh dorang cool''.Tapi aku just perhatikan dorang ni dari jauh jelah.Dan mungkin dorang pon tak pernah kenal aku ni.Yela dorang senior kot.Just ada lah aku pernah borak ngan salah sorang dari dorang sebab masa tu tak silap masa MQA.

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Kadang2 aku makan kat cafe malam2 aku nampak dorang pon ada makan ramai2.Sangat sempoi.Ada jugak dorang tegur budak2 lelaki kelas aku.Apa yang aku nampak dorang ni tak sombong.Dorang ni pergi mana mesti sama2.Pergi cafe,pusat islam even ke kelas.Takdelah aku nampak dorang ni hari2 tapi setiap kali aku terserempak ngan dorang,mesti semua ada.Dalam hati aku cakap,''how lucky them''.  :) 


''Allah SWT amat mencintai orang yang mencintai sahabatnya.''


Sesungguhnya ikatan akidah  (PERSAHABATAN )  itu adalah sekuat-kuat ikatan. Se-sungguhnya orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan persaudaraan Islam, persaudaraan kepada Allah dan lillahi taala akan mendapat merasai dan menikmati satu kebahagiaan yang hakiki, kepuasan jiwa yang tidak terperi di mana ia tidak dapat dikecapi orang-orang yang menilai hidup dengan nilai-nilai keduniaan yang fana ini. 

Mungkin nanti masa aku sem 5 nanti aku dah tak nampak dorang ni.Sem ni dorang dah habis.Dan aku doakan semoga dorang success kat luar sana.Persahabatn dorang kekal till jannah.Insha Allah.



p/s : kepada ''dorang'' yang aku maksudkan,semoga cerita korang  menjadi satu contoh buat pembaca blog ni .Seribu kemaafan kalau ada yang silap tulis.Semoga korang berjaya di dunia dan akhirat. :)


facebook : Norfazira
istagram   :ladolceziera 
Twitter    : ladolceziera 

 

Template by BloggerCandy.com